ENCIK SHAARI BIN ALI
(OLEH : ABD MALEK BIN MOHD DIN)
PEMBUKA KATA
Setiap
usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah
memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang
diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang
berterusan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang
diusahakan.Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan
sepanjang mereka membina karier mereka.Bagi individu yang memasang impian untuk
bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum
melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan
dalam penceritaan usaha mereka.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka
mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.
1.
Pengenalan dan Definasi
kepada Usahawan Muslim
Pendefinisian usahawan muslim merupakan satu ungkapan
yang ideal dan komprehensif. Ia boleh dijadikan sebagai satu “role-model” yang
berupaya membuat trasformasi senario peradaban umat Islam pada masa sekarang.
Kesinambungan dari pemerintahan kegemilangan Islam yang lalu perlu didalami
untuk mencari kunci kejayaan mereka. Namun begitu, para cendiakawan pada abad
ini, perlu membuat analisis dalam
memberikan ungkapan usahawan muslim yang tepat.
Secara dasarnya, usahawan muslim ialah
mereka dikalangan umat islam yang menjalankan
aktiviti perniagaan dengan produk yang halal. Namun begitu, mereka juga terikat dengan etika dan ruh perundangan
syariah agar sentiasa dipatuhi secara total bersumberkan al-quran dan
as-sunnah. Oleh yang demikian, sentrik ilmu berpaksikan naqli perlu
diasimilasikan untuk mewujudkan ikon usahawan muslim yang ideal.
2.
Ciri-ciri usahawan yang
menepati ajaran islam.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, kerana
dilahirkan sebagai umat islam. Bersyukurlah juga kita kepada Allah kerana
diberikan rezeki menjalankan perniagaan. Menjalankan perniagaan adalah amalan
mulia dan dituntut dalam agama. Malah Nabi s.a.w adalah usahawan yang paling
amanah, cemerlang dan menjadi tauladan yang baik sehingga ke hari ini. Setiap
usahawan perlu menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi
ajaran agama agar boleh menjadi usahawan yang benar-benar diredai Allah Maha
Pencipta. Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan
islam yang benar-benar menepati ajaran islam dan diakui oleh islam serta
diredai Tuhan dan rasul-Nya.
Usahawan Muslim merupakan muslim yang berterusan mencari,
mengembeling dan memanfaatkan kurnia
Allah yang lain selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam
Al Quran dan Sunnah.
2.1 Antara
ciri-ciri tersebut ialah:
-Mempunyai keinginan
dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.
-Mempunyai niat yang
betul dalam menjalankan keusahawanan.
-Mempunyai ilmu dan
kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi.
-Bertanggungjawab
kepada semua yang berkepentingan.
-Sentiasa berjimat
dalam menggunakan sumber.
-Mempunyai kemahiran
membuat keputusan yang tepat.
-Berfikiran
terkehadapan
-Pandai berhubung
dengan manusia.
-Sentiasa menjaga
kualiti.
-Sentiasa menjaga
agar tidak terlibat dengan aktiviti yang diharamkan oleh Allah.
-Elakkan dari banyak
berhutang.
-Sentiasa menilai
tindakan dan keadaan berjaga-jaga.
-Bersyukur dengan
kejayaan.
-Tidak boros dengan
kekayaan dan tidak kedekut.
-Sentiasa membayar
hutang jika berhutang.
-Beriman serta
mementingkan ibadah.
-Sanggup berkorban di
jalan Allah.
-Berdisplin dan
bersistematik
-Dermawan dan
Bertawakkal
Berikut
adalah diatas adalah sebahagian daripada ciri-ciri usahawan muslim yang berjaya
yang mana setiap usahawan muslim yang inginkan kejayaan perlu mengikutinya demi
untuk mencapai kejayaan. Insha Allah.
3.
Tugasan – Temu Bual Dengan
En Shaari Bin Ali
Dan untuk tugasan ini saya telah bertemu dan berbual
dengan seorang pengusaha kedai insuran yang beragama islam dan telah
mengusahakan kedai insuran tersebut selama lebih dari 20 tahun iaitu bermula selepas beliau menamatkan
pelajaran di universiti.
En Shaari Bin Ali telah dilahirkan di Rembau, Negeri
Sembilan pada 3 April 1972. Beliau
memulakan persekolah di Sek Keb Undang Rembau, Rembau N Sembilan dan kemudian,
beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Undang Rembau, Rembau, N
Sembilan. Habis persekolahan menengah di Rembau beliau telah menyambung
pelajaran di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Skudai, Johor.
Selepas tamat penggajian di Uitm, beliau telah mendapat
peluang pekerjaan pertama beliau di Ambank Kuala Lumpur. Tugas beliau di Ambank
hanya bertahan selama 6 tahun sahaja dan selepas beliau mula mengenali dunia
insuran beliau telah meletakkan jawatan beliau di Ambank dan mula menubuhkan
syarikat insuran beliau sendiri bertempat di Seremban. Beliau telah menubuhkan
syarikat tersebut bersama rakan belajar beliau di Uitm dahulu. Dan kini
syarikat beliau telah mempunyai lebih dari 10 org pekerja dan telah memperolehi
pendapatan yang baik dari masa kesemasa.
Ayah kepada 3 orang cahayamata ini juga kini telah
menceburi bidang pembinaan (kontraktor) dan merupakan antara vendor Telekom dan juga TNB.
Selama saya berbual dengan beliau terdapat beberapa
perkara yang dinyatakan kepada saya jika kita orang Islam ingin berjaya dalam
perniagaan dan menjadi usahawan islam yang dirahmati dan diberkati oleh Allah.
3.1
Ciri-ciri usahawan islam
yang berjaya di dunia mahupun di akhirat nanti :-
Antara
kata-kata dan nasihat beliau kepada saya sekiranya saya ingin menjadi usahawan
yang berjaya adalah :-
3.1.1
Menunaikan solat lima waktu.
Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap
hari.Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai
usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga.
Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat.Usahawan tidak pernah memandang
nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.
Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan
perniagaan di pasar malam, kedai, gedung perniagaan dan lain-lain leka serta
cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang,usahawan sibuk
menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan
kekayaan.Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan.
Apabila usahawan meninggalkan solat,ianya menunjukkan usahawan tidak memahami
tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan
hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu
menunaikan solat lima waktu ketika sibuk,susah atau senang.Bumi Malaysia yang
luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid,surau untuk kemudahan orang
islam.Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja,asalkan bersih.
Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang
tidak diterima Allah di akhirat.
Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah
manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada.Menunaikan
solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf.Menunaikan solat bukan
mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan
solat.Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat
rezeki yang banyak,memandu BMW,tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau
isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini
tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala
akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan
solat.
3.1.2
Mementingkan rezeki halal.
Perniagaan mempunyai pelbagai cabang.Islam hanya
menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak
pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan
agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan
aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara
contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu
cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.
Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan
perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak
mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih
dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian
memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah
luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan
lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi
usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.
Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan
sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual
emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan
langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan
tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu
menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci.
Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan
sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.
Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan
faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka
nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan
mendapat berkat dan bersih.
3.1.3
Sentiasa benar.
Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu
berjaya dalam perniagaan perlu belajar menjadi penipu dan pembohong.Sifat
berbohong dan menipu akan melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan
berbohong akan mudah melariskan jualan dan memajukan perniagaan kerana
pelanggan mudah percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan.
Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci oleh
Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk melariskan
perniagaan.
“Berkatalah benar walau pahit sekalipun”, begitulah sabda
nabi. Dan sebuah hadis bermaksud “Benar itu membawa kepada kebenaran dan
kebenaran itu membawa kepada syurga”. Kedua-dua hadis tersebut jelas
menunjukkan kepentingan sifat benar. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Tuhan
perlu sentiasa benar dalam apa jua yang dilakukan samaada dalam kehidupan
seharian atau perniagaan. Jangan mengharapkan jualan yang laris dengan sikap
berbohong. Berbohong akan menyebabkan rezeki yang diperolehi menjadi haram dan
tidak berkat. Matlamat usahawan islam ialah hala dan berkat. Berbohong untuk
mendapatkan keuntungan dan kemajuan dalam perniagaan tidak membawa keberkatan
dan keredaan Tuhan.
Usahawan perlu sentiasa benar dalam apa jua keadaan.
Jangan mengikut teladan sesetengah usahawan yang suka berbohong kerana
perbuatan tersebut akan membawa musibah kepada usahawan nanti.Sifat buruk
tersebut patut tiada dalam hidup usahawan islam yang mahu cemerlang.
Sentiasalah benar dalam perniagaan. Jangan menipu dan
berbohong kerana tamakkan keuntungan.Jangan jadikan rezeki itu haram dan tidak
berkat. Jangan campakkan diri dalam kerosakan akibat berbohong dan berdusta.
3.1.4
Mengutamakan hak pengguna.
Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan
yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga
mementingkan hak pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak
disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak
menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi
adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti
produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang
menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual
produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang
menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab.
Usahawan yang bertanggungjawab dan menjaga hak pengguna
tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang menyusahkan pengguna dan
pelanggan. Ketamakkan sesetengah usahawan mencari keuntungan sehingga sanggup
melakukan apa sahaja dalam perniagaan sehingga menyusahkan pengguna dan
pelanggan. Malah ada syarikat besar mencipta dan menjual produk yang memberi
pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Sebagai contoh, Viagra. Walaupun
produk tersebut mampu memberi tenaga istimewa kepada lelaki tetapi telah banyak
berlaku kematian dan serangan jantung kepada pengguna.Ini menunjukkan syarikat
berkenaan tidak bertanggungjawab kepada pengguna.
Pelbagai jamu,pil kesihatan keluaran tempatan dan luar
negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan
pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan
oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan
sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di
mana-mana dengan mudah.
Setiap manusia adalah pengguna.Begitulah juga dengan
usahawan. Setiap usahawan perlu berhati-hati dalam perniagaan agar tidak
melakukan perkara yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan
hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan.
3.1.5
Menunaikan zakat.
Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya.
Zakat adalah rukun islam,namun ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu
sahaja. Apabila usahawan mampu dan layak mengeluarkan zakat,maka usahawan perlu
mengeluarkan zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak.
Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke arah lain seperti melancong,
membeli perhiasan,membeli barang kemas dan lain-lain. Usahawan degil merasa
rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu zakat itu wajib. Usahawan yang mahu
keredaan Allah tidak akan mengabaikan zakat. Usahawan cemerlang akan memiliki
akaun untung-rugi setiap tahun supaya dapat mengesan perniagaan. Mempunyai
akaun akan membantu usahawan agar tahu sama ada layak atau tidak membayar
zakat. Ketika zaman nabi masih hidup, wujud usahawan yang degil dan enggan
membayar zakat walaupun tahu ianya wajib. Ini menunjukkan telah wujud usahawan
tamak dan rakus ketika baginda masih hidup. Apa lagi pada zaman ini.
Zakat akan membersihkan harta dan memberi banyak manfaat
kepada orang memerlukan seperti orang miskin, orang cacat, fakir dan lain-lain.
Usahawan perlu mempunyai akaun kira perniagaan dan membayar zakat jika layak
jika mahu menjadiusahawan cemerlang dan diredai Tuhan. Malah harta zakat akan
menjadi saksi nanti diakhirat kepada usahawan.
3.1.6
Sentiasa bersyukur.
Kebiasaannya manusia akan gembira bila mendapat nikmat
dan kecewa dan sedih apabila ditimpa kesusahan dan masalah.Begitulah dengan
usahawan. Usahawan perlu belajar menjadi manusia bersyukur ketika susah dan
senang. Usahawan perlu bersyukur ketika perniagaan menampakkan kemajuan dan
tidak kecewa apabila mengalami kemerosotan. Usahawan yang bersyukur akan
merasakan kemerosotan sebagai ujian dan dugaan dari Allah.
Menjadi
usahawan yang bersyukur akan membersihkan usahawan daripada segala sifat keji
dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan mementingkan diri
sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan menjadi manusia yang sentiasa
merendah diri. Usahawan perlu sentiasa bersyukur agar diredai Allah dan
nabi-Nya.Jangan hanya tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi
menyalahkan Tuhan apabila ditimpa kesusahan dan masalah.
3.1.7
Sentiasa bertaubat.
Tiada manusia yang bersih tanpa noda,tidak terkecuali
usahawan.Bertaubat adalah jalan membersihkan diri.Manusia sering lalai dan
lupa.Manusia sering ditipu oleh nafsu dan syaitan. Usahawan perlu sering
bertaubat untuk membersihkan diri.Jangan jadi usahawan yang suka menipu dan
melakukan perbuatan haram,kemudian bertaubat untuk menghalalkan harta
perniagaan. Ianya taubat yang tidak bernilai di sisi Tuhan. Harta haram tetap
haram.I anya tidak akan menjadi halal walau ribuan zikir taubat dilaungkan.
Justeru usahawan perlu menjauhkan perbuatan dan cara perniagaan yang haram.
Amalkan cara dan panduan perniagaan berlandaskan suruhan dan ajaran agama.
3.1.8
Menjaga perhubungan baik
dengan manusia.
Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan
pelanggan. Justeru usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja
bermatlamat keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan
silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan. Usahawan perlu menjauhkan sikap yang
menyakiti manusia lain seperti menggunakan perkataan kesat, sindiran,
penghinaan dan lain-lain. Usahawan juga tidak patut memandang rendah kepada
manusia lain terutama orang miskin dan hina. Sikap sombong dan ego terutama
berhadapan manusia serba kekurangan patut dijauhi. Lihatlah bagaimana kereta
mewah menghimpit penunggang motosikal, begitulah sikap manusia ego dan tidak
bertanggungjawab.
Usahawan perlu menjaga tingkah laku dan perbuatan agar
tidak dibenci manusia lain. Profesion usahawan bukanlah peluang menunjukkan
kehebatan dan kebanggaan tetapi adalah cara mencari rezeki halal dan mendapat
keredaan Tuhan disamping menjaga hubungan baik dengan manusia.
3.1.9 Berjasa.
Sebuah hadis bermaksud “Sebaik-baik manusia ialah orang
yang paling bermanfaat kepada manusia lain”.Justeru usahawan boleh menjadi
manusia yang paling banyak berjasa kepada manusia lain kerana usahawan
dilimpahkan rezeki yang lebih banyak berbanding manusia yang makan gaji.
Pelbagai perbuatan baik boleh dilakukan usahawan jika mahu berjasa. Binalah
perpustakaan persendirian di kawasan anda dan beri peluang pelajar dan orang
ramai memanfaatkannya. Bantulah anak yatim dan pelajar miskin.Bantulah ibu atau
bapa tunggal yang susah.
Jadilah usahawan yang dikenang kerana kebaikan,bukan
usahawan yang banyak menghabiskan harta keuntungan di tempat maksiat dan dosa.
3.1.10
Membantu usahawan lain.
Jika anda berjaya dan cemerlang dalam
perniagaan,bersyukurlah kepada Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa
dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda. Andai anda
berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk memberi ceramah
kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel tentang perniagaan di
akhbar dan majalah, menulis buku tentang perniagaan. Berikanlah ilmu,
kemahiran, pengalaman dan pengetahuan kepada usahawan lain. Ramai usahawan
menunggu buku karangan usahawan terkenal seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri
Halim Saad, Datok Saleh Sulong dan lain-lain.
Berikan idea dan pengalaman berguna kepada usahawan
lain.Sekiranya tidak mampu membantu dengan wang ringgit,berikanlah ilmu.Ini
berdasarkan sebuah pepatah cina yang bermaksud “Apabila seseorang meminta ikan, jangan beri ikan tetapi berilah
pancing dan ajarkan dia memancing ”.
3.1.11
Menjauhi maksiat.
Usahawan perlu mengelakkan perbuatan dosa terutama sekali
dosa-dosa besar. Melakukan pelbagai dosa dan maksiat akan menjadikan usahawan
manusia yang tidak mencintai agama. Ramai usahawan menghabiskan masa bermain
golf sehingga melupakan solat. Begitu juga ada yang berseronok dengan pelacur
di negara jiran. Tidak kurang juga yang meminum arak, berjudi, mengamalkan
sihir dan tangkal.
Pelbagai dosa dilakukan tanpa memikirkan implikasi di
hari akhirat. Usahawan perlu menjauhi maksiat.Nikmat rezeki yang halal dan
bersih tidak sepatutnya dibelanjakan ke jalan yang tidak baik dan merosakkan
agama. Sayangi wang dan harta dan pastikan ia membawa ke arah kebaikan.
3.1.12
Tidak melakukan sabotaj
.
Usahawan perlu mengelakkan perbuatan sabotaj kepada
usahawan lain. Melakukan perbuatan sabotaj boleh merosakkan perniagaan orang
lain dan menutup periuk nasi mereka. Usahawan yang mahu diredai Allah tidak
akan melakukan perbuatan sabotaj dan meruntuhkan perniagaan orang lain. Hadapi
segala masalah perniagaan dengan cara yang bersih dan beretika.
3.1.13
Membayar pinjaman.
Ramai usahawan mendapat peluang pinjaman dari pelbagai
badan dan agensi kerajaan dan swasta.Usahawan perlu bijak memanfaatkan peluang
pinjaman untuk membesarkan dan memajukan perniagaan dan berusaha melangsaikan
pinjaman sebagaimana perjanjian. Masih ramai usahawan degil dan mementingkan
diri sendiri. Ada yang sengaja melewatkan pembayaran pinjaman sedangkan
mampu.Usahawan perlu membayar pinjaman demi memberi peluang usahawan lain
merasa wang pinjaman membesarkan perniagaan. Demikianlah beberapa ciri usahawan
yang menepati ajaran agama.
Didiklah diri menjadi usahawan yang maju dalam perniagaan
dan mendapat keredaan Tuhan dan nabi-Nya.Keredaan Tuhan adalah harta dan
bekalan yang amat berharga di akhirat nanti. Apalah guna kereta mewah, rumah
banglo, emas permata……..ianya akan ditinggalkan. Yang kekal dan berguna kepada
diri ialah keredaan Tuhan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,dalam
mencipta nama sebagai seorang usahawan yang berjaya kita seharusnya memiliki
sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai tahap
itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting
dalam membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang
paling tinggi.Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh
usahawan ini ialah ‘jika anda malas
mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah maju’. En
Shaari merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin
memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu
menempa nama di peringkat antarabangsa.
“Apa jua perkara yang kita lakukan,
kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang
dilarang. Berkat doa dari kedua ibubapa kita juga penting. Dan kita juga perlu
ingat kepada orang yang pernah membantu kita,”
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete