MOHD AIDI BIN SENIN @ SIMAN
(Oleh: Muhammad Ramley Bin Zaini)
Mohd Aidi Bin Senin @ Siman
PENDAHULUAN
Usahawan merupakan pemangkin kepada
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara
adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh.Mereka
adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa.Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan
berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga
bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara.Malah hasil usaha
usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia.Ini adalah
kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa
berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi.Justeru itu
mereka dapat mencipta pekerjaan kepada
penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan
masalah pengangguran negara.Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan
pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.
Usahawan yang dikaji dalam Business
Horizons, Edisi September-Oktober 1986, John G Burch menyatakan bahawa
seseorang usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian.Daripada
sifat-sifat ini, salah dua antaranya lebih merupakan sifat yang semula jadi,
yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja
keras". Keupayaan untuk bekerja
secara keras dan lama dalam penerusan projek yang tertentu memerlukan
penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat diransang
secara dibuat-buat.
Nama :
Mohd Aidi Bin Senin @ Siman
Tarikh
Lahir : 19
Januari 1973
No
K/P :
730119-01-6419
Umur : 43 Tahun
Pendidikan
/ Akademik : Ijazah Sarjana Muda
Perakaunan Uitm Segamat
Nama
Perniagaan : P Three
Sweetener Global Snd Bhd
Pengalaman 1.
15 Tahun di PERNEC Corporation Bhd sebagai Pengurus Kewangan dan Pemasaran Serta
Rangkaian Perniagaan
2.
2 Tahun di Tera Dotcom sebagai Pengarah Kewangan
DISKRIPSI PERNIAGAAN
P3 Pemanis atau P3 Sweetener baru sahaja
berada di pasaran, mulai Julai 2013 dan kini sudah menjadi jenama yang semakin
dikenali.Diyakini sebelum berakhir tahun 2013, ia akan menjadi produk yang
dikenali, dikehendaki dan laris kerana P3 Pemanis adalah produk keperluan. Bukan sahaja keperluan orang yang menghidap
diabetes dan penyakit lain yang berkaitan dengan gula bahkan keperluan umum.
P3 Pemanis Sdn Bhd, telah memasuki pasaran
sebagai syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan pemanis yang sama sekali
diekstrak daripada tebu, dengan menggunakan Teknologi Nano yang canggih. Yang paling penting, untuk menjadi berbeza
daripada produk gantian gula lain, P3 masih mengekalkan rasa asal gula seharian
kita (hampir 99%), tetapi ia mengandungi nilai "Zero" seperti Aspartame,
Calories, protein, cholesterol, sucrose, monosaccharides Carbohydrates,
Saccharin dan bahan tambahan. Keajaiban
dalam botol, seperti yang dinyatakan, P3 pemanis semulajadi diekstrak 100%
daripada pati tebu (sugar cane essential@SCE).
Disediakan di bawah pH 5.5, ia adalah sesuai untuk kegunaan manusia
kerana kita mempunyai tahap pH yang sama. Proses ini dislodges carbon negativedaripada komponen tebu, yang merupakan
faktor penyumbang penyakit kronik.
Kualiti dan impak P3 Pemanis menjadi
keutamaan untuk menjadi pemanis alternatif utama menggantikan gula dan pemanis
sintetik. Pelanggan layak untuk
mendapatkan produk yang terbaik dan nilai terbaik untuk wang mereka. Kepuasan pelanggan akan sentiasa menjadi
nombor satu. Oleh itu, kilang yang
membekalkan produk P3 telah berjaya mengekalkan pensijilan tersendiri seperti
ISO 9001 dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) atau sistem (Analisis
Bahaya Titik Kawalan Kritikal).
Misi perniagaan adalah menyampaikan mesej
penting kepada semua golongan rakyat Malaysia tentang bahaya dan risiko
penyakit berpunca dari penggunaan gula pasir dan gula sintetik yang
memudaratkan kesihatan di dalam makanan dan minuman harian. Selain itu juga adalah menyokong kempen
kerajaan, “Bahayanya penggunaan gula berlebihan kepada kesihatan” oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Visi perniagaan adalah menjadikan P3 Pemanis
yang diperbuat daripada tebu hitam dan menggunakan Teknologi Nano akan menjadi
produk keperluan asas pengganti gula pasir dan gula sintetik serta mengusahakan
supaya P Three Sweetener Global Sdn. Bhd. menjadi pemasar utama pemanis bukan
gula.
Antara produk yang dikeluarkan oleh
P3 adalah seperti berikut :-
1. P3
NanoSugar
2. P3
German Roast Coffee
3. P3
Sweetener Liquid Drop
4. P3
Qocoa
Kini syarikat beliau telah mempunya 12 orang
kekuatan sebagai pekerja bagi membantu perjalanan syarikat berjalan dengan
lancar bagi pengedaran dan promosi yang perlu dibuat setiap masa.
SEJARAH PERNIAGAAN
Mohd Aidi Bin Senin @ Siman merupakan seorang
usahawan Melayu yang telah berjaya memasuki bidang perniagaan yang dipelopori
oleh usahawan bukan bumiputera dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan
bumiputera yang lain. Kejayaannya
bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi pelbagai
cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan
keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau yang asalnya
hanya bermula sebagai pembekal alat telekomunikasi selepas berhenti dengan
PERNEC Corporation Bhd. pada tahun 2008.
Pada tahun 2010, beliau telah berjumpa dengan
En ShahrulNizam Bin Selamat dan En Syed Shareezaly Bin Syed Aualadali dimana
mereka telah memperkenalkan produk sweetener kepada beliau. Beliau telah mengkaji produk tersebut dan
mendapati produk tersebut sangat baik untuk masa akan datang kerana ia boleh
menjadi penganti kepada gula putih yang berada dipasaran walaupun mendapati
beberapa kelemahan yang ada pada produk tersebut. Antara produk awal adalah liquid drop (cecair) sahaja. Beliau mendapati terdapat kelemahan dari segi
kualiti kandungannya tetapi beliau telah mempunyai formula untuk memperbaiki
kandungannya. Walaupun mereka mempunyai
produk yang baik, tetapi mereka tidak tahu cara bagaimana yang berkesan untuk
membuat pemasaran yang baik.
Pada tahun 2012 beliau telah mula serius untuk
mendalami perniagaan sweetener ini dengan mengikat kontrak bersama kilang yang
membekalkan produk P3 dengan modal persendirian sebanyak RM 500,000.00. Pada tahun 2013 beliau telah menubuhkan
pasukan dengan mendaftarkan perniagaan atas nama P Three SweetenerEnterprise
bersama 2 rakan kongsi beliau iaitu En ShahrulNizam Bin Selamat dan En Syed
Shareezaly Bin Syed Aualadali.
Beliau telah menyewa dan merupakan Ibu
Pejabat bagi P Three Sweetener Global Sdn. Bhd. pada ketika ini di Megan Sri
Rampai Setapak. Bermula Julai 2013, P3
Sweetener memulakan langkah awal dengan hanya 1 produk utama iaitu P3 Sweetener
Drop. P3 Pemanis Sdn Bhd, telah memasuki
pasaran sebagai syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan pemanis yang sama
sekali diekstrak daripada tebu, dengan menggunakan teknologi nano yang
canggih. Yang paling penting, untuk
menjadi berbeza daripada produk gantian gula lain, P3 masih mengekalkan rasa
asal gula seharian kita (hampir 99%), tetapi ia mengandungi nilai
"Zero" seperti Aspartame,
Calories, Protein, Cholesterol, Sucrose, Monosaccharides Carbohydrates,
Saccharin dan bahan tambahan.
Keajaiban dalam botol, seperti yang dinyatakan, P3 pemanis semulajadi
diekstrak 100% daripada pati tebu (sugar cane essential@SCE). Pemanis semulajadi yang rendah kalori dan
rendah karbohidrat membantu mengawal paras gula dalam darah. Stabil dalam pH
berasid dan Ph beralkali. Proses ini
dinamakan dislodges carbon negative daripada komponen tebu, yang
merupakan faktor penyumbang penyakit kronik.
Sebagai pemula, P3 telah mempertimbangkan
isu-isu yang akan timbul oleh pelanggan, bakal pelanggan dan juga bakal
pesaing. Berdasarkan keadaan ini, P3 akan memastikan rangkaian produk dengan
sijil rasmi dari organisasi dan agensi yang berkaitan dengan isu-isu dan produk
P3 seperti KKM, HALAL. Selain daripada
itu juga, P3 telah membuat ujian di makmal seperti PERMULAB Sdn Bhd, Ujian
Ketoksikan UKM dan Nano Verify Programme dari NanoMalaysia. Beliau memaklumkan bahawa P3 adalah satu-satunya
syarikat yang berasaskan makanan yang mempunyai pensijilan dari pihak Nano
Malaysia.
P3 percaya bahawa pelanggan layak untuk
mendapatkan produk dan nilai terbaik untuk wang mereka. Kepuasan pelanggan akan sentiasa menjadi
nombor satu. Oleh itu, kilang P3 yang
berada di Meru Klang Selangor telah berjaya mengekalkan pensijilan tersendiri
seperti ISO 9001 dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) atau
dikenali sebagai sistem (Analisis Bahaya
Titik Kawalan Kritikal).
Untuk mengekalkan kepuasan pelanggan dan
menunjukkan P3 berusaha ke arah kecemerlangan, P3 menyediakan Insurans kepada
semua produk yang bernilai 1 Juta Ringgit Malaysia melalui Overseas Assuranse
Corp (M) Bhd atau dikenali sebagai Great Eastern. Ini menunjukkan bahawa P3 benar-benar yakin
bahawa pelbagai produk yang dihasilkan tidak akan mendatangkan apa-apa
kemudaratan kepada pengguna.
Beliau memaklumkan, pada permulaan operasi perniagaan
adalah melalui jualan langsung (MLM) dimana produk tersebut masih baru didalam
pasaran dan syarikat telah melantik agen-agen di seluruh negara. Melalui agen-agen ini, produk lebih mudah
dijual kerana jualan dari mulut ke mulut adalah lebih berkesan berbanding jualan
terus ke pasaraya. Agen-agen di seluruh
Malaysia sedang berkembang untuk menjadikan P3 nombor satu dengan menawarkan
gantian gula sihat untuk semua. Untuk
mencapai matlamat tersebut, syarikat bekerjasama dengan syarikat-syarikat
profesional di dalam dan luar negara bagi memberi kesedaran bahawa gula putih
yang berada di pasaran boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Di Malaysia, P3 mempunyai rakan kongsi
perniagaan seperti Sugarfree Solution Sdn Bhd dan Truchemic Techologies (M) Sdn
Bhd. P3 berkongsi tanggungjawab sosial
kepada orang ramai mengenai bagaimana keburukan gula kepada badan dan
kesihatan. Di seluruh dunia, kita boleh
melihat "No Sugar" dalam minuman dan makanan dimana kerajaan dan
badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa memberi amaran bahawa tabiat pengunaan gula
di luar kawalan akan menjejaskan kesihatan.
Gula samaada ditambah kepada makanan oleh anda atau pengilang, adalah
ancaman terbesar kepada kesihatan manusia.
Setelah hampir 2 tahun di pasaran, P3 telah
menambah lagi rangkaian produk-produk yang luar biasa seperti P3 Nano Mineral
Drop, P3 Nano Sweera Granulate @ Nano Sugar, P3 Nanosweera Coffe, P3 Qocoa dan
P3 Nano Collagen 10,000 mg. Hanya dalam
masa yang singkat, terbukti produk keluaran P3 telah diterima dan digunakan
oleh masyarakat. Jualan pada tahun 2014
sebanyak RM 4 juta dan tahun 2015 jualan sebanyak RM 5 juta melalui 190 stokis
di Malaysia termasuk Sabah dan Serawak dengan keahlian sebanyak 17,000
orang. Seterusnya, selama hampir 2 tahun
itu, lebih 250,000 botol P3 Sweetener Drop telah terjual bersama dengan puluhan
ribu unit produk-produk keluaran P3 yang lain.
Syaraikat telah melebarkan sayap perniagaan
dengan memasuki pasaraya seperti Mydin, Giant, Tesco dan beberapa farmasi. Produk P3 juga telah menembusi pasaran antarabangsa
di mana pihak dari Thailand, China dan UAE telah datang berjumpa dengan pihak
P3 bagi memasarkan produk P3 di negara berkenaan.
PENGALAMAN
Bertanyakan mengenai pengalaman kerja
terdahulu, beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus akaun di syarikat
swasta di Kuala Lumpur iaitu PERNEC Corporation Bhd. dan mempunyai 15 tahun
pengalaman dalam bidang kewangan dan pemasaran dan rangkaian perniagaan.
Tahun 2008 bermula beliau telah menyertai
Tera Dotcom Sdn Bhd sebagai pengarah kewangan dan telah banyak berjasa dalam
pendapatan syarikat dan hal ehwal kewangan syarikat. Beliau juga berpengalaman dalam menjadi
pengedar syarikat jualan langsung dan telah mencapai pangkat tertinggi dalam
syarikat itu dengan usahanya dalam industri tersebut.
Dari tahun 2012 beliau mula melibatkan diri
dalam industri jualan langsung sebagai pelabur bersama 2 orang rakan kongsinya
iaitu En ShahrulNizam Bin Selamat dan En Syed Shareezaly Bin Syed Aualadali
dengan modal yang dibiayai oleh beliau sendiri sebanyak RM 500,000.00 hasil
dari usahaya sendiri semasa menjadi pengedar syarikat jualan langsung. Beliau berani mengambil risiko kerana beliau
percaya bahawa produk yang bakal dihasilkan itu akan mendatangkan pendapatan
yang lumayan disamping membantu masyarakat mengekalkan kesihatan dengan menggantikan
gula putih bertukar kepada gula nano keluaran syarikatnya.
Beliau bertenaga dan penuh semangat untuk
menjalankan perniagaan dengan semangat kerja berpasukan. Beliau telah berjaya
membawa syarikat itu ke landasan yang betul dan cuba untuk diuruskan dan
membina syarikat jualan langsung yang besar di Malaysia.
Sejak kemunculan produk P3, beliau
sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang
dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan dibekal oleh
syarikatnya tidak pernah diambil ringan.
Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati pelanggan, pasti akan
memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan
kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan
beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang
timbul.
Di awal pembabitan beliau dalam P3, beliau menjalankan
perniagaan melalui jualan langsung melalui agen-agen yang dilantik diseluruh
negara termasuk Sabah dan Serawak.
Beliau juga pernah mencuba membuat pasaran melalui media massa tetapi
hasil jualan agak tidak memberansangkan disebabkan ketiadaan testimoni dari
pelanggan berbanding jualan secara langsung.
Beliau menggangap jualan secara langsung akan memudahkan penjualan
kerana agen mendapat tahu kesan secara langsung keatas produk yang
dibekalkan. Jualan antara mulut ke mulut
adalah lebih mudah kerana agen dapat mengenal pasti dan jadikan testimoni
mereka sebagai modal untuk merancakkan penjualan.
Setelah mendapat kepercayaan daripada pelanggan
berkenaan produk yang dijual, pada tahun ke 3 beliau telah menukar dari jualan
langsung kepada trading. Beliau telah
merangka satu strategi pemasaran yang dinamik iaitu mewujudkan satu brand
positioning yang sentiasa
diulang bagi menjadiakan produk keluarannya dikenali ramai.
Brand Positioning terdapat
3 bahagian yang telah diamalkan oleh beliau iaitu yang pertama adalah
pengenalan produk kepada umum dan perlu diulang-ulang tanpa ada rasa jemu
supaya produk yang dikelaurkan dapat dikenali oleh semua lapisan masyarakat.
Setelah produk telah diketahui umum, beliau
mengamalkan offer + value iaitu bagaimana cara pelanggan membeli dengan
banyak tetapi dengan harga yang terbaik.
Contohnya harga P3 Coffe dahulu dijual dengan harga RM 38.00 sekotak dan
P3 telah menawarkan harga dengan lebih murah dengan cara pembungkusan yang
baharu dengan harga RM 20.00. Ini
memberi ruang kepada pelanggan yang sebelum ini tahu akan kebaikan produk
tersebut tetapi tidak dapat membeli disebabkan harga yang tinggi. Disebabkan harga telah berkurang, pelanggan
tadi akan membuat belian untuk menikmati produk tersebut.
Strategi yang ketiga adalah dengan memberikan
penghargaan kepada pelanggan yang menggunakan produk P3. Iaitu pemberian baucer tunai didalam setiap
bungkusan produk atau membuat jualan murah kepada pelanggan tetap dengan
menawarkan pembelian value pack(2+1)
atau dengan diskaun seperti yang dilakukan oleh syarikat besar seperti Nestle. Walaupun produk mereka telah dikenali tetapi
promosi sedemikian mereka masih amal sehingga kini.
Beliau sentiasa menitikberatkan pengetahuan tentang
produk dengan mengadakan latihan kepada pengedar bagi memudahkan perjalanan
perniagaan seperti berikut :-
1.
Pengetahuan lengkap tentang produk
2.
Pengetahuan lengkap tentang pelan pemasaran
3.
Latihan berkaitan dengan menjual
4.
Latihan berkaitan dengan membina bisnes.
5.
One to one antara pengedar dengan beliau sendiri
Di samping itu juga, beliau telah menjadi
penaja utama dalam pertandingan memancing di Pantai Puteri Melaka pada 24
Januari 2015 dengan hadiah keseluruhan sebanyak RM 100,000.00. Perbelanjaan tersebut merupakan pelaburan
yang perlu dibuat bagi memastikan orang ramai mengenali produk-produk P3.
Pada tahun 2015 beliau telah mengorak langkah
dengan memasuki pasaraya diantaranya ialah :-
1. Mydin
Mohamed Holding Bhd. (Disember 2015)
2. MUIP
Supermarket (Pasaraya Darulmakmur) (Mac 2016)
3. GCH
Retail (Malaysia) Sdn Bhd (GIANT) (Mei 2016)
4. Tesco
Store (Malaysia) Sdn Bhd (Julai 2016)
Bila ditanya berkenaan ukuran kejayaan,
beliau berbangga menceritakan pada tahun 2014 jualan sebanyak RM 4 juta dan
tahun 2015 jualan meningkat sebanyak RM 5 juta melalui 190 stokis di Malaysia
termasuk Sabah dan Serawak dengan keahlian sebanyak 17,000 orang. Seterusnya, selama hampir 2 tahun itu, lebih
250,000 botol P3 Sweetener Drop telah terjual bersama dengan puluhan ribu unit
produk-produk keluaran P3 yang lain.
Beliau mempunyai 12 orang kekuatan sebagai
pekerja bagi membantu perjalanan syarikat berjalan dengan lancar bagi
pengedaran dan promosi yang perlu dibuat setiap masa.
RISIKO CABARAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN
Dari segi modal beliau menceritakan
untukpermulaan perniagaan memerlukan modal sendiri berjumlah hampir RM 500,000.00
kerana melibatkan kos pengoperasian kita dan pembungkusan serta kajian yang
perlu dibuat.
Cabaran paling utama adalah semasa permulaan
perniagaan dimana beliau terpaksa bersaing dengan produk yang sedia dimana
beliau perlu memperkenalkan produk kepada umum dimana ia lebih baik berbanding
gula putih yang berada dipasaran dengan menggunakan teknologi nano yang canggih.
Setelah produk mula dikenali ramai, risiko
yang terpaksa ditanggung pula ketiadaan pengedar yang mencukupi kerana di
kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak sukar diperolehi.
Membuat promosi di media massa yang
memerlukan modal yang besar seperti iklan di Sinar Harian 3 kali seminggu dan
majalah dari Kumpulan Media Karangkaf dimana 20% saham syarikat dalah milik
Dato (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub yang merupakan Mentor beliau. Selain daripada itu, beliau juga membuat
pengiklanan di sistem radio THR Gegar, Ikimfm, Klasik Nasional FM dan Sinarfm.
Perancangan pada tahun 2017 pula, beliau akan
membuat siaran di Astro Prima, Ria, Warna dan Awani semasa bulan setiap hari di
siaran tersebut dengan menelan belanja sebanyak RM220,410.00.
Selepas siaran di Astro tamat, beliau telah
membuat perancangan dengan program reality Memasak seperti Mastercheff dengan
menggunakan produk P3 nanosugar sepenuhnya yang akan di tayangkan selama 6
minggu di Astro Ria dan Warna. Selain
itu juga, beliau akan mengadakan iklan Asia Food Channel pula selama 24 minggu.
NASIHAT KEPADA USAHAWAN MUDA
Usahawan muda perlu bersedia dari segi mental
fizikal, mereka perlu belajar mencari ilmu, perlu kutip pengalaman dengan
bekerja dengan orang lain,perlu banyak buat kajian (survey), perlu kumpul
modal, majukan perniagaan dengan modal sendiri baru perbesarkan perniagaan
dengan pinjaman dari bank atau mana-mana institusi. Yang penting perlu tanam minat yang mendalam
tentang perniagaan yang ingin anda ceburi.
Selain itu juga, pemasaran secara efektif
perlu dirancang sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Pengenalan kepada produk perlu dibuat selalu
tanpa ada rasa jemu supaya pelanggan akan mengenali produk yang syarikat
keluarkan.
No comments:
Post a Comment