AZRIZAL BIN AZIMAN
USAHAWAN PENDAWAIAN ELEKTRIK
(oleh : Muhammad Adib Zainal)
Biografi usahawan berjaya
Mohd Azrizal Bin Aziman dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan, Negeri Sembilan. Bapanya berkerja dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad, telah menjadi punca kepada beliau untuk jatuh cinta dalam bidang kejuruteraan elektrik. Mohd Azrizal Bin Aziman mempunyai lima orang adik beradik dan dia adalah anak yang pertama. Beliau hidup dalam keadaan yang serba sederhana lantara hanya ayahnya yang menjadi tonggak dalam mencari rezeki keluarga. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah di Gemencheh, Negeri Sembilan dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Dato’ Mohd Taha. Hasil perkahwinan, beliau mempunyai tiga cahaya mata.
Mohd Azrizal Bin Aziman telah menubuhkan pada sekitar awal tahun 2008 MAH Bayu Engineering yang menjalankan perniagaan pendawaian elektrik, perkhidmatan kerja-kerja elektrik (Expert) tahap profesional dan mengadakan kelas elektrik yang bertujuan mengajar individu yang berminat tentang kemahiran elektrik. Menjalankan perniagaan Port Dickson Negeri Sembilan, mempunyai ramai pelanggan dan pelajar yang telah menggunakan kepakaran beliau dalam bidang elektrik. Selain daripada itu beliau telah menulis dua buku yang hasil tulisannya menjadi rujukan, Do It Yourself Electric Wiring (Domestic Satu Fasa - Advance) dan Do It Yourself Electric Wiring (Domestic Tiga Fasa - Basic). Antara pelanggan tetap beliau adalah Kedai Rakyat 1 Malaysia, jabatan kerajaan di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Mengamalkan motto ‘High Quality, Safety And Customer Satisfaction Is Our Priority’ sebagai pengerak perniagaan beliau.
Mohd Azrizal Bin Aziman telah menubuhkan pada sekitar awal tahun 2008 MAH Bayu Engineering yang menjalankan perniagaan pendawaian elektrik, perkhidmatan kerja-kerja elektrik (Expert) tahap profesional dan mengadakan kelas elektrik yang bertujuan mengajar individu yang berminat tentang kemahiran elektrik. Menjalankan perniagaan Port Dickson Negeri Sembilan, mempunyai ramai pelanggan dan pelajar yang telah menggunakan kepakaran beliau dalam bidang elektrik. Selain daripada itu beliau telah menulis dua buku yang hasil tulisannya menjadi rujukan, Do It Yourself Electric Wiring (Domestic Satu Fasa - Advance) dan Do It Yourself Electric Wiring (Domestic Tiga Fasa - Basic). Antara pelanggan tetap beliau adalah Kedai Rakyat 1 Malaysia, jabatan kerajaan di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Mengamalkan motto ‘High Quality, Safety And Customer Satisfaction Is Our Priority’ sebagai pengerak perniagaan beliau.
SIFAT-SIFAT EN AZRIZAL BIN AZIMAN
Integriti dan Kebolehpercayaan
Meletakkan kepercayaan terhadap perkhidmatannya untuk di pasaran kerana dapat melihat kepakarannya dalam bidang elektrikal itu dapat berkembang dengan lebih jauh meskipun risiko untuk mengalami muflis itu di rasakan ada. Hasil usahanya dan pekerjanya, perniagaannya telah mendapat tempat di mata masyarakat.
Perniagaan MAH Bayu Engineering ini mempunyai integriti dan kebolehpercayaan yang tersendiri. Beliau telah membawa nama perkhidmatan ini ke seluruh Negeri Sembilan dengan jayanya dan telah memberikan kesan yang memuaskan hati pelanggannya. Pelanggan beliau telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kepakaran beliau di samping motto perniagaan yang di gunakan juga meyakinkan pelanggan.
Selain itu, Mohd Azrizal Bin Aziman dan pekerjanya juga telah menunjukkan sifat integriti yang tinggi di samping perkhidmatan yang di berikan juga menggunakan barangan elektrik yang berkualiti tinggi. Syarikat MAH Bayu Engineering juga mempunyai wawasan yang jelas iaitu telah menjadikan MAH Bayu Engineering sebuah syarikat ‘one stop centre’ yang telah membuka Seminar Belajar Wiring Elektrik bagi mengajar kepada mereka yang tiada asas elektrik sehingga mahir. Dari kelas yang dihadiri dapat melahirkan pelajar yang dapat menjana pendapatan serta keuntungan.
Inisiatif
Inisiatif membawa maksud seseorang itu mempunyai semangat atau tabiat untuk menjalankan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Sikap berinisiatif diperlukan dalam diri setiap usahawan agar dapat menonjolkan ciri-ciri positif yang ada pada usahawan tersebut. Hal ini penting kerana usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Sifat inisiatif juga diperlukan untuk menghadapi arus perubahan dan peredaran masa supaya tidak dianggap ketinggalan dalam persaingan perniagaan.
Mohd Azrizal Bin Aziman telah menunjukkan inisiatif nya sendiri untuk memulakan perniagaannya sendiri. Beliau dahulu nya juga adalah seorang yang agak sosial dan telah mendapat kesedaran untuk tidak berada di takuk yang sama . Di samping itu, sifat usahawan telah di pupuk dalam diri nya sejak di Politeknik Port Dickson lagi dan titik permulaan untuk berniaga apabila beliau di istiharkan bankrap. Antara sifat lain, beliau kurang selesa dibawah arahan orang lain kerana ini membantutkan potensi beliau dan keinginan beliau untuk menceburi bidang perniagaan
Siapa sangka beliau boleh menjadi usahawan hanya mengusahakan pendawaian elektrik. Pencapaian menakjubkan oleh Mohd Azrizal Bin Aziman, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rizal yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.
Pembabitan awal beliau dari Port Dickson, Negeri Sembilan, dalam bidang itu bermula pada 2008 apabila bertekad keluar daripada kepompong kepayahan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.Beliau ketika itu yang bekerja sebagai pembantu teknik terpaksa menanggung dua anak dengan pendapatan yang sedikit memandangkan isteri bekerja sebagai penjawat awam. Dengan bermodalkan RM2,000.00, beliau bertekad berhenti kerja dan menubuhkan syarikat dan mengusahakan seorang diri.
Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, dan di isytiharkan muflis ia bukan penghalang buat Cikgu Rizal untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka pejabat pertama di Seremban, Negeri Sembilan pada 2008 iaitu MAH Bayu Engineering.
Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila kepakaran elektrikal beliau menerima sambutan yang baik, sehingga tempahan dari luar Negeri Sembilan. Usaha yang dijalankan oleh Cikgu Rizal dalam perniagaan wiring elektrik di mana beliau mempunyai semangat dan keinginan yang kuat tanpa dipaksa oleh orang-orang sekeliling beliau dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya membuktikan yang beliau mempunyai sifat inisiatif yang tinggi. Kini operasi perniagaan berjalan lancar dan purata keuntungan RM30,000 sebulan.
Dengan memegang prinsip `di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kepayahan berjaya, malah mampu memperoleh pendapatan yang lumayan.
Kesedaran etika
Kesedaran etika membawa maksud kepada pengetahuan mengenai hukum moral atau peraturan dalam masyarakat yang menjadi pegangan kepada seseorang ataupun sesuatu kumpulan. Etika merangkumi satu set prinsip-prinsip yang memperihalkan tatacara perlakuan yang menerangkan apa yang baik dan tidak baik dan apa yang betul dan apa yang salah di samping menggariskan tanggungjawab dan obligasi moral. Usahawan yang beretika akan merebut peluang yang ada dengan baik serta menghadapi persaingan yang sihat antara pesaing-pesaing yang ada.
En Azrizal bin Aziman sedar bahawa semua bahan untuk perkhidmatan haruslah dijamin dengan kualiti yang terbaik. Perkara ini telah menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di dalam Negeri Sembilan, malahan Melaka dan juga Selangor.
(ANTARA BAHAN YANG DIGUNAKAN)
Istimewanya material beliau ini adalah bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus kualiti terbaik bagi menjamin keselamatan pengguna dan isi rumah. Jelas beliau menekankan aspek keselamatan dalam setiap khidmat yang diberikan bagi mengelakkan berlaku litar pintas, atau disambar kilat. Ini semua menjadi punca kepada seringkali berlaku kebakaran. Beliau sering mengingatkan kepada pelanggan bahwa akan menggunakan barangan kerkualiti tinggi kerana tidak mahu berkompromi tentang aspek keselamatan.
Sikap yang ditonjolkan oleh En Azrizal bin Aziman ini sewajarnya di contohi oleh semua usahawan, di mana dia mengutamakan kualiti produk dan kepuasan pengguna. Jika sikap ini terus dipraktikkan oleh mana-mana usahawan, reputasi perniagaan akan meningkat dan perniagaan akan bertahan lebih lama dalam industri.
Keupayaan belajar daripada kesilapan.
Kesilapan adalah sesuatu perbuatan yang kita lakukan kemudian merugikan orang lain dan bukan berimpak negatif kepada orang atau makhluk lain. Bukan hanya orang lain tetapi juga diri sendiri. Kesilapan tidak semuanya buruk. Kesilapan-kesilapan itu memberi pengalaman kepada seseorang dan biasanya orang itu lebih cepat mendapat pengajaran daripada kesilapan orang lain.
Kesilapan bermula dari ketidaktahuan, kesalahan, dan kurangnya pengalaman. Tetapi seiring dengan berjalannya waktu dan belajarnya seseorang dari kesilapan-kesilapan yang telah dibuatnya, maka akan muncul sebagai peribadi yang hebat dan unggul. Dengan belajar dari kesilapan, kita dapat membuatnya supaya di masa hadapan tidak akan berulang lagi.Seseorang yang beriman tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali. Berbuat kesilapan tidak akan menjadi malu dilakukan sekali sahaja dan menyesal akan kesalahan itu. Tetapi ia menjadi sia-sia apabila dilakukan dua kali, apatah lagi berkali-kali keterlanjuran perlu diusahakan untuk tidak diulangi.
Begitu yang dilalui oleh En Azrizal bin Aziman. Sepanjang perniagaan yang dijalankan, terlalu ramai pelanggan yang bermacam jenis perangai dan karenah. Ada yang menempah perkhidmatan akan memberi wang pendahuluan terlebih dahulu kemudian jikalau khidmatnya itu sudah siap, pelanggan tersebut akan melunaskan baki yang belum di bayar. Tetapi ada juga jenis pelanggan yang menempah perkhidmatan tanpa memberi wang pendahuluan terlebih dahulu, kemudian jikalau beliau telah habis menjalankan tugas, mereka akan meminta untuk berhutang kepada En Azrizal. Bukan sekali dua pelanggan yang sama melakukan sedemikian kepada beliau tetapi setiap kali membuat tempahan. Lama kelamaan Cikgu Rizal mula sedar yang dia telah melakukan kesilapan kerana terlalu memberi muka kepada pelanggan yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Sejurus itu, beliau telah belajar dari kesilapan. Setiap kali pelanggan yang ini membuat tempahan kepada dirinya, pasti beliau akan meminta wang pendahuluan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja tersebut.Dengan sikap sebegini pelanggan tidak naik kepala dengan apa yang telah dilakukan oleh Cikgu Rizal itu sendiri. Secara kesimpulannya, Cikgu Rizal atau En Azrizal telah belajar dari kesilapan yang telah dilakukannya. Untuk membuat diri kita berjaya pasti akan menghadapi kegagalan terlebih dahulu kerana kegagalan itu mengajar kita dari melakukan kesilapan.
Berpandangan jauh.
Seorang pemimpin mestilah memiliki wawasan yang jauh kehadapan melihat apa yang tak dapat dilihat orang lain dan menjangka apa yang tidak dapat dijangka kepada orang lain.
Begitu juga terjadi kepada En Azrizal bin Aziman, dimana dia mempunyai wawasan tersendiri di mana misi utama MAH Bayu Engineering adalah untuk menjadi sebuah tempat rujukan para pelajar yang ingin mendalami bidang kejuteraan elektrik dan memahami konsep dan keselamatan. Beliau mahu setiap pelajar yang belajar mampu menjadi usahawan seperti beliau kerana bidang eletrikal mempunyai pasaran yang luas dan sentiasa mempunyai permintaan tinggi. Beliau telah membuka kelas ‘Seminar Belajar Wiring Elektrik’ dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mampu mempunyai pengetahuan yang baik serta boleh melakukan pendawaian elektrik seperti beliau selepas 3 hari belajar. Sehingga saat ini tugasan ini ditulis beliau mempunyai hampir 500 orang pelajar dari seluruh negara. Ini sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kepada bekas pelajar beliau.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya iaitu untuk menjadikan syarikat beliau menjadi sebuah empayar, beliau berharap dapat mengembangkan jenama MAH Bayu Engineering sebagai satu jenama yang dikenali. Di samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk membuka pelbagai peluang perniagaan i pada masa akan datang bagi memberi pilihan kepada para pengguna.
KESIMPULAN
Setelah selesai menyiapkan tugasan ini, satu kesimpulan telah dapat dibuat iaitu seseorang yang menceburkan diri dalam dunia keusahawanan ini telah berjaya mendidik diri mereka supaya sentiasa berusaha untuk lebih maju ke hadapan. Bidang keusahawanan ini juga telah menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri usahawan tersebut.
Selain itu, individu yang melibatkan diri dalam perniagaan juga akan sentiasa mengasah buah fikiran mereka supaya sentiasa melakukan inovasi dalam perniagaan mereka. Mereka akan sentiasa mencuba sesuatu yang baharu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Belajar daripada kesilapan yang telah di lakukan juga adalah salah satu sifat yang sangat di kagumi setelah memperoleh kejayaan dalam perniagaan yang di ceburi oleh usahawan.
Ini jelas membuktikan, dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan dapat menjadikan seseorang itu lebih kreatif dalam berfikir. Semangat yang tinggi juga akan wujud dalam diri usahawan yang berjaya meskipun mengetahui tentang kewujudan risiko yang bakal di hadapi.
Akhir sekali, jadikanlah bidang keusahawanan ini sebagai salah satu bidang kerjaya dalam diri. Jadilah individu yang memulakan sesuatu perkara yang baik sekali gus juga dapat memberikan faedah kepada pihak lain.
Terima Kasih kepada yang menulis kisah ini. Ia boleh dijadikan panduan berguna kepada individu yg berminat mahu menceburkan diri dalam perniagaan.
ReplyDeleteSlm mualaikum bang sy m.hafizudin daripada kuala lumpur cheras sy berminat berkerja bersama2 company mah bayu engeneering utk menimba ilmu yg lebih mendalam tentang electrical..ini nombo fon sy :017 682 3202 kalo abg perlukan perkerja abg blh hubungi no sy yg tertere di atas...assalam mualaikum
ReplyDeleteAs salam, saya yong dari klang, saya selalu tengok video mah bayu engineering di youtube, lantaran itu ia menjadi satu titik tolak buat saya untuk lebih memahami mengenai ilmu elektrik, jika abang nak buka branch klang atau shah alam, saya sedia berkerja dengan company abang, saya tinggalkan no saya 0172767763.
ReplyDeleteSalam... bagaimana caranya saya hendak membeli buku2 tersebut.. ?
ReplyDeleteBagaimana caranya saya nak membeli buku-buku tersebut..dan harga
ReplyDeleteTahniah .... seorang usahawan contoh terbaik, semoga Cikgu Azrizal sekeluarga berjaya didunia Dan akhirat
ReplyDelete